Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Semasa sedang membaca sebuah buku, maka ary rasa elok benarlah kalau ary berkongsi apa yang telah ary baca.
- Mensegerakan berbuka puasa, dan berbuka dengan sesuatu yang manis. "Bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah sebelum solat maghrib, jika tidak ada maka beliau berbuka dengan kurma kering, jika tidak ada maka beliau menghirup air beberapa hirup" - hadir diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi daripada Anas r.a.
- Berdoa ketika berbuka. (Doa berbuka puasa)
- Bersahur dan melewatkan waktunya. Rasulullah sendiri bersahur ketika hampir waktu subuh.
- Banyak bersedekah dan berbuat baik. Allah melipatgandakan pahala terlalu banyak kepada orang yang bersedekah di bulan Ramadhan, terutamanya bersedekah untuk orang-orang miskkin berbuka puasa.
- Meninggalkan perkataan keji. Rasulullah bersabda: "Berpuasa itu bukanlah hanya menahan makan & minum sahaja, tetapi adalah juga berpuasa daripada perkataan yang tidak berguna dan keji. Maka, jika kamu dicaci orang atau diperbodohkan orang, katakanlah: Aku berpuasa" - hadis soheh diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibbah daripada Abu Hurairah.
- Banyak membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Malaikat Jibril pun turun setiap tahun untuk bersama-sama dengan Rasulullah SAW membaca al-Quran.
- Menghidupkan malam Ramadhan. Terutamanya dengan mendirikan solat tarawikh.
- Banyak berdoa kepada Allah s.w.t. Allah memang sukakan orang berdoa kepada-Nya, terutama doa orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Ini dijelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 186.
- Meningkatkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan. Perkara ini dituntut kita melakukannya kerana mengharapkan untuk mendapat pahala sebanyak orang beribadat 1000 bulan.
- Iktikaf di masjid. Iktikaf di sini bermaksud duduk dan tetap berada di dalam masjid, dan memutuskan hubungan dengan urusan dunia, untuk menyendiri, dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Ibadat ini juga digalakkan supaya dilakukan pada 10malam akhir Ramadhan.
4 comments:
alhamdulillah ~
thanks share.......
gud information...
Salam ary.
Walaupun dah banyak kali ku baca tentang ni, tapi mesti ada satu dua yang gagal diamalkan dengan baik.
Masa belajar lu, paling ketara sekali, ramai tak bersahur..bersahur pula, kul 12tgh mlm.. tak boleh camtu.. ada sbb knapa baginda menggalakkan umatnya lewatkan sahur..kita pun dah sdia maklum kebaikannya.
Berkongsi lah ilmu macamni..untuk tujuan mengingatkan.. ^_^
thanks sharing ^__^
salam ramadhan ary...semoga mendapat ibadah puasa yg barakah
Post a Comment