Friday, 6 July 2012

Senang je Jual-Beli Anak Kan?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat siang ibu-ibu dan bapak-bapak serta yang belum jadi ibu dan bapak^^


Hari tu, waktu balik dari kenduri, bila dah lalu jalan kampung n nampak orang yang dikenali, kena lah perlahankan kereta dan tegur sapa. Al-kisahnya.. Ada seorang makcik yang ibu kenali tinggal berdekatan dengan rumah mak long ary di KL tengah duduk melepak dengan mak cik-mak cik lain. Kelihatan seorang bayi perempuan sedang didukung kemas olehnya.


"Eh, Kak yam.. Owang dah pindah tau. Dah tak duduk kat flat keramat tuh,.. Bla bla blaaa..." Mula lah mak cik ni ber pot-pet. Tiba-tiba....


"RM15 000," Tanpa diajukan soalan anak siapa, mak cik tu dah menyebut perkataan RM15 000 sambil muncungkan mulut pada bayi yang didukung. Memang dah perangai nya yang mulut tempayan. 


Khabarnya, bayi tu dari 7 orang adik beradik dan mak bapaknya orang kedah. Dan makcik tu pun pindah disebabkan takut mak bapak budak tu tuntut balik budak tu. 


RM15,000. Begitu mudah seorang budak dijual beli. Urmmmmm... Nasib budak tu. Tapi, kalau bab agama, tetap perlu diambil kira semua benda termasuk aurat, nasab walaupun ianya telah sah di sisi undang-undang. Nanti waktu pernikahan budak perempuan tu, tetap perlu dicari bapanya atau ahli keluarga kandung sebenar untuk menjadi wali. 

6 comments:

PariPariPutih said...

Eh jual anak macam jual keta la plak kan?? apa kah nilai manusia semakin susut ibarat nilai saham2 di brusa saham?? hurm... (memang susah ikut kan) tapi klw difikir2kan, lebih elok la dari budak tu kita jumpa dlm longkang, parit, tepi kubur dan sebagainya.. nyawa manusia sekarang dah tak berharga lagi :( how sad...

kiru magu said...

xpatutnya buat camtu..kot ye pun nak sgt anak amik legally punyalah =_=`

Riswin Zahari said...

Banteras gejala m'perdagangkan manusia! err.hehe! =D

maszull said...

assalamualaikum ary...susah juga kalau ada manusia yg mulut tempayan ni kan...:)

deno said...

ingat anak tu anak kucing ke? hampeh tul org yg jual anak ni....

Azhafizah Md Nor said...

mudahnya jual anak camtu kan..anak tu anugerah yang tak ternilai boleh pulak dibuat jual beli.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com