Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam sekali lagi^^
Bila sebut LANGKAWI je, orang kata itu merupakan tempat syiok untuk shopping. Ary pun membayangkan bahawa banyak lah duit ary akan melayang kerana shopping. Memang ary akui barang di sana jauh lebih murah.
Tempat-tempat yang ary tujui untuk bershopping adalah Beras Terbakar untuk barang-barang yang ada kaitan dengan LANGKAWI seperti baju, minyak gamat, kain batik, key chain, etc. Selain itu, Pekan Kuah Kuah juga adalah destinasi seterusnya untuk ber-shopping.
Di Pekan Kuah, korang boleh bershopping di Idaman Suri (on the way ke Wildlife Park dari Pekan Kuah) dan Haji Ismail Group. Tidak jauh beza harga antara dua tempat ini. Lebih kurang 10-20 sen sahaja bezanya. Tapi, dari segi keselesaan shopping, ary lebih suka shopping di Idaman Suri sebab barang-barang lebih teratur dan mudah dicari. Dua tu je tempat shopping sakan. Yang lain tu, lebih kurang je kot harganya.
Barang-barang yang murah harganya pula merangkumi periuk, pinggan mangkuk, langsir, cadar, dan semestinya COKLAT. Tapi ary nasihatkan, kalau nak beli coklat, biarlah pada hari terakhir di Langkawi. Sebab kalau cuaca panas, al kisahnya, cair lah coklat-coklat tersebut. *tak tipu ok? = ="
Apa yang ary shopping? Ary telah habiskan RM100 untuk shopping coklat sahaja dan ary belikan ayah and adik-adik baju seorang satu. Ibu pula ary beikan pressure cooker yang dia nak sangat dengan harga RM80.
Yang peliknya, dekat rata-rata tempat tulis DUTY TAX FREE. Siap perkataan ALCOHOL dan CIGARETTE lagi yang menjadi fokus. Malah, terpampang besar pula tu. Bukan dua benda alah tu bahaya untuk kesihatan ke?
2 comments:
kt situ kan ramai pelancong asing. biase ar tu . heheh
Sronoknye dpt jenjalan !
langkawi superb best..nak pergi lagi!!
Post a Comment