Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat petang^^
Waktu ary kemas-kemas rumah tadi, ary terjumpa sekeping kertas. Lalu ary baca dan ary rasakan isinya berguna kepada setiap orang terutama sekali yang masih belajar. Boleh jadi Tips Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan ni.
Tips ini telah diberikan oleh Ustaz Master Sulaiman Bin Ismail (Panel Tetap & Penceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar Sekolah-sekolah program Creative Study & Best Student) . So, it is obvious yang kertas ni milik adik ary yang masih di sekolah rendah:P
- Jangan tinggalkan solat lima waktu. Tidak ada guna belajar bersungguh-sungguh siang dan malam, tapi solat tinggal. Cari keredhaan Allah s.w.t.
- Amalkan solat sunat hajat setiap hari. Terutama 3minggu sebelum menghadapi peperiksaan. Hanya 3 minit diperlukan. Jangan sombong dengan Allah s.w.t.
- Amalkan membaca surah yasin sebelum mengulangkaji. Percayalah hati dan fikiran kamu akan sangat-sangat tenang dan yakin boleh kuasai subjek yang kamu akan belajar. Dan percayalah kamu akan dihindar dari bisikan iblis dan syaitan ketika kamu belajar.
- Belajar dengan kaedah buat latihan dan ulang latihan tersebut 2 kali. Setiap kali membuat latihan, pastikan ulang balik latihan tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Cuba sedaya upaya membuat latihan satu hari lengkap semua subjek yang bakal kamu ambil dalam peperiksaan.
- Catat dan baca nota setiap hari. Catat maklumat penting dan jadikan maklumat tersebut sebagai nota. Baca setiap hari. Jangan berasa bosan atau malas jika NAK DAPAT "A".
- Cepat-cepat jumpa cikgu/lecturer jika tidak faham topik yang dipelajari. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan, semakin rapat dan semakin kerap berjumpa dengan tenaga pengajar. Nak dapat "A" kena rapat dengan tenaga pengajar.
- Makan kismis dan air zam-zam. Amalkan makan kismis dan minum air zam-zam setiap hari, agar minda sihat dan hati tenang untuk menerima ilmu di saat-saat akhir sebelum peperiksaan. Yakinlah dengan makanan sunnah.
- Amalkan surah Al-A'LA ayat 6 untuk kunci ingatan apa sahaja yang kamu ingat dan hafal. Baca 1kali selepas kamu belajar.
Itulah 8 steps yang simple^^ Semoga berguna untuk semua orang termasuk ary^^
5 comments:
bagus tips nie..raihan pon nak start belajar dah..^^
bukan untuk peperiksaan jer.. untuk sehari harian pon boleh.. XD
dah lame bebas dari peperiksaan...:))
thanks for sharing... banyak yang ckj tak tau sebelum ni.. thanks ary.. :)
Salam.
Ayat tu, kalau ada maksudnya sekali, pasti lebih baik ary.. :)
Tips ni, guna tuk belajar memasak leh tak ary? hek3 -_-
Post a Comment