Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^
Ary tonton law&order: svu season 7 episod "storm" dan tertarik dengan mesej yang cuba disampaikan. Tidak ubah dengan mesej 2+2=5 yang dikongsi Keri Ikhwan. Episod kali ini tentang kisah orang bawahan yang terpaksa mengikut arahan orang yang lebih berkuasa biarpun sudah nyata ianya salah.
Ary tertarik dengan dialog yang dilafazkan watak wartawan yang ditangkap,Jackson Zane iaitu "Tiada Kebebasan Tanpa Kebebasan Media". Ary akui ianya benar. Tiada kebebasan media bermakna kebebasan bersuara juga diterhadkan.
Tapi, kita perlu sedar kenapa ianya diterhadkan? Mengapa tindakan Adam Adli yang menuntut kebebasan akademik dibantah? Mengapa adanya akta yang membolehkan tindakan saman dengan hanya print screen? Mengapa uncle seekers ditangkap kerana penulisannya di blog? Semuanya ber-SEBAB.
Kebebasan telah diberikan. Tapi kebebasan itu ada batasnya. Jika tiada batas,... Huru-hara tanpa kawalan. Maka pincanglah negara.
Cuma ary harapkan supaya tiada pihak yang mempengaruhi atau control pihak media untuk mendedahkan kebenaran. Yang benar itu masih BENAR biarpun ianya pahit untuk ditelan.
Dan ary juga berharap supaya setiap ekspresi dilakukan oleh semua yang ingin meluahkan adalah tanpa sebarang perasaan angkuh, tiada rasa agresif dalam diri dan aman. Bukan dengan menghina pemerintah secara menurunkan bendera, menulis dalam blog atau apa jua caranya.
Nak menarik rambut dalam tepung.. Rambut jangan putus.. Tepung jangan berselerak. Jadilah seperti Za'ba dan juga Dr Burhanuddin Al-Helmy. Contohi yang baik. Tolak yang kurang baik.
2 comments:
sangat setuju...kalau dunia realiti malaysia sekarang pun mcm tak bebas....
salam ramadhan...
Salam.
Ary..a matured entry >_<
Lana fokus tang kebebasan menulis dalam blog ea.
Ada bagi alasan, "ini blog aku, blog peribadi, aku punya sukalah nak buat pa"
Lana kurang setujulah alasan blog peribadi tu.. rasanya, mmg pecahan blog kbnykkan milik org perseorgn kan??
Keyword agresif tu, best. Tak kisahlah blog peribadi, website company, penulisan tu, biarlah berpada..tak perlu taksub, agresif, excited semacam.
Semua perkara nak dicerita, semua nak dibongkar, semua org salah, dia sorg betul, ehh..tak boleh camni..
Post a Comment