Tuesday 8 May 2012

Pekerjaan yang Memberikan Pulangan Berbaloi | Sales


Pertama sekali ary ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unilever Malaysia kerana sudi datang untuk UNILEVER Future Leaders Program (UFLP) Career Talk 2012 di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Ary juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat goodies bag yang diberikan. Bukan setakat goodies bag ya. Tapi dapat tumbler free lagi^^




Sempat ary menemubual salah seorang eksekutif dari pihak Unilever - Miss Wall's. Ary tanyakan dalam beberapa tahun bekerja, bidang apa yang Miss Wall's suka? Katanya SALES. Dengan lajunya ary menyelit, i thought sales is quite difficult. Miss Wall's mengakui memang susah untuk membuat jualan, tapi dia enjoy since dia dapat banyak benefit dari bidang ini.


Berkomunikasi dengan ramai pihak

Dengan melibatkan diri dalam bidang sales, Miss Wall's dapat berinteraksi dengan ramai pihak. Bukan hanya dengan pihak pengurusan, malah dengan pelanggan. Mmmmm.. Orang suka bercakap sesuailah untuk kareer sebegini.

Travelling

Selalunya mereka yang terlibat dalam bidang sales akan dapat travel ke merata tempat untuk menjalankan jualan. Contohnya, macam Miss Wall's sendiri telah pergi ke serata Malaysia. Orang kata, jauh pemandangan luas pandangan^^

Gain a lot of Confidence

Bila berkomunikasi dengan ramai pihak terutamanya pelanggan, ini akan meningkatkan lagi tahap confident dalam diri. Melalui percakapan Miss Wall's pun ary dapat rasakan tahap keyakinan dia semasa bercakap adalah tinggi.

Kelebihan-Kelebihan lain

Selalunya sales akan mendapat benefit lebih istimewa berbanding bidang lain. Contohnya, handphone allowance, kenderaan, etc. Kadang, ada syarikat yang beri gaji asas tapi ditambah lagi dengan komisen jualan yang dilakukan.




Sales mungkin adalah satu bidang yang mencabar. Namun, ganjarannya adalah berbaloi-baloi~~ *macam iklan talian pra bayar pula. Apapun, untuk memilih profesion pun perlu lah berdasarkan apa yang seseorang individu itu mahukan.

4 comments:

Noor Maizan said...

Mai tak layak kut jadi sales ni, mai pemalu...huahuahua

ainul.zmrs said...

huiyooo dpt goodies yg mcm dlm gmbr ats ke? best bestnyaaa:D

Azhafizah MN said...

ganjaran memang berbaloi.usaha pun kena kuatlah kan kalau nak lebih berbaloi.

Unknown said...

banyak kerja lain jugak berbaloi .. apa yang penting usaha .. blogger pun berbaloi .. kalau tau taktiknya , rajin usaha , insyaAllah .. duduk melangut depan laptop aje pun dah boleh dapat income .. kan , kannn :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com