Tuesday 1 May 2012

Sedarlah diri yang kau tu blogger baru!


Fuhhh.. Tajuk nak kontroversi je. Ya.. Ary sedar yang ary ni blogger baru. Tak payah nak state pun.. Kajang pak malau kajang berlipat.. Kajang ary , jom makan sate kajang. *ok.. mula mengarut seperti biasa.


Sebenarnya tajuk untuk entri malam ini sepatutnya - perbezaan antara blogger baru dan lama. Sebelum ini ary macam pernah terbaca. Tapi bila ary search, tak ada lah pula. Urmmmm... Jadi, kepada yang pernah menulis topik yang sama, ary minta maaf. Bukan bertujuan untuk copycat idea korang. Mungkin pengisian kita akan jadi berbeza. 





Bila ary blogwalking, ary sedari ada beberapa aspek yang dapat membezakan antara blogger baru dan lama dalam dunia penulisan blog ni. 


1- Penampilan sebuah blog.
Blog yang lama akan mengutamakan berat blog. Apakah template yang digunakan user-friendly dan ringan supaya cepat loading? Manakala blog yang baru pula akan lebih mengutamakan kecantikan dan kecanggihan blog. Kononnya widget-widget yang membuatkan blog menjadi berat nak mati akan dapat menarik orang untuk follow. 

2- Pengisian dan corak penggunaan bahasa sesebuah blog.
Blogger lama akan menulis dengan lebih matang. Maksudnya, bahasa yang digunakan adalah lebih mudah dibaca dan difahami pembaca. Manakala blogger baru lebih banyak menulis tentang peribadi dan kadang bahasa tu terlampau canggih. Contohnya, itTeW raSeW IttEw SkEw kAt Ea. *Melilau mata ai membaca= ="

3- Tarikh mula berblog.
Bukan janji tapi PASTI. *tiru David Teo sat.. Of course lah tarikh tu akan terang-terang membezakan antara blogger baru dan lama. 




Tak ada menjadi suatu masalah jika seseorang itu baru/lama ber-blogging. Yang penting hanyalah kematangan penulis blog itu untuk menyampaikan maklumat agar dapat difahami dan diterima semua pihak. Cissss.. Baru aku perasan. Aku sendiri baru berblogging. Tapi gaya macam 'orang tua' !


Nak baca pendapat abang Ben Ashaari tentang blogger baru atau lama? Klik SINI.

13 comments:

Tinta Lana said...

Salam. ary, semua point lana setujui! hahahaha. especially yg no 2..sebab dulu lana camtu la,hahaaha, takda malunya nak ngaku. Dulu, lagu letak, gambor teddy bear yg wish "welcome, dun forget to drop ur comment", lagi...tukar cursor pada blink2..salji pun ada, tpi dlm bntuk debunga dadelion (salah eja kot), haishh, macam2 la lagi yg lana pernh buat,hahahaha.

Entry ni buat lana teringt kenangan silam je, cewahh,hahaha.

Tinta Lana said...

Alah..ni yang malu ngan ary ni..huhu..pasni takmo dah la 'hahahaha'..pasni, hawhawhawhaw, boleh?hahahhaa, jenuh kang nak sengih kambing,lembu, unta, sian lak kat ary kang,hahahah, 'hahaha' lagi, susah nak kawal,hehehe (sopan sket,cett,hehe)

Unknown said...

haha.. setuju ngan Ary n Kak Lana :D teringat zaman awal blogging.. hehe

Cikra said...

bila blogger baru memang banyak widget dalam blog mereka konon nak cantikkan blog tapi sebenarnya diaorang sedang memberatkan blog. hehe. :)

Cikgu Ma said...

akak buat blog suka suki ikut hati, sedu sedan jer menulis...tak dak motif..x dak target...lama baut tapi x dak tujuan..hehehe...gud luck ary!!

Noor Maizan said...

takde yang baru camne nak ade yang lama...semua org bermula dari bawah :) kan sayang...

Yumida said...

ske pd idea ary kt atas...mmg ade kebenaran di situ...lama or baru yg penting hati berblogging 'riang ria selalu'

Syuhada Nasya said...

betul tu.. syu sokong... eh yg penting jgn jd hipokrik k,, jd diri sendiri. jgn nk tiru orang hihii

Unknown said...

kalau kita berblog ada targetnya , mungkin semangat untuk terusan berblog tu akan ada. teruskan berada di bidang blogging ni ary sebab ary memang ada potensi untuk menjadi seorang blogger berjaya suatu hari nanti .. insyaAllah :)

kindergartenlibrary said...

sayakah ?

:p

ezyra taharin said...

zyra blgger baru...tgk,bapak berat kan blog zyra hahaha sekian!!

Azhafizah MN said...

penyampaian sesuatu adalah penting dan bergantung pada cara penyampaian tu samada berkesan atau tidak...tak kesah blogger lama ke baru.

Momo said...

suka pergi blog yang tak banyak widget.. tak suke pergi blog yang ad youtube sbb banyak menghabiskan gb saye dalam diam..;(

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com