Monday 2 July 2012

Rancangan On Air Aznil Haji Nawawi Dianak tirikan Astro?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari isnin^^


Semalam (ahad), seperti biasa ary buka channel 104 untuk menonton rancangan on air. Namun begitu, tiada on air dan hanya ada rancangan Suara Kami 2012 yang ary rasa tidak relevan. *abaikan


Dan ary buka page FB rancangan On Air yang diterajui oleh Aznil Haji Nawawi. Rupa-rupanya rancangan tersebut telahpun melabuhkan tirainya pada 1Julai jam 2 petang. Yang peliknya, ramai tak tahu akan perubahan masa tayangan dari 10 malam ke 2 petang.






Ary sebagai penonton dan pengikut setia On Air sangat berdukacita atas apa yang berlaku. Bagi ary, rancangan untuk mencari pelapis dalam bidang pengacaraan ini sangat bagus dan perlu diketengahkan. Permulaan untuk rancangan ini sangat bagus di mana astro menayangkan sesi uji bakat on air. 


Masalah dan haru biru muncul apabila on air menyepi selama beberapa minggu kerana konsert mania kononnya. Apabila on air ditayangkan semula, segalanya berjalan lancar. Tapi pengakhiran menjadi haru biru semula. Bagi ary, produksi rancangan ini bagai melakukan kerja melepaskan batuk di tangga. Rancangan on air diibaratkan hanya sebagai rancangan untuk memenuhi slot masa yang ada. Agaknya supaya penonton  tak komen cerita asyik ulang-ulang je kot. 


Mengikut takwim astro.. Tapi 1Julai dah FINALE??!


Bukan itu sahaja, malah, mungkin untuk menutup dan memadam kesan atau bekas pernah ada rancangan ini di astro, page rancangan on air di laman web astro turut dipadam. Sebab waktu ary buka http://www.astro.com.my/onair tadi, PAGE NOT FOUND. Untunglah... Lari tanpa penjelasan= ="

10 comments:

Riswin Zahari said...

haha tu die die hard fan on air~ =P

Anonymous said...

no komen lah dik!

merahitujambu said...

tak tgok pon cite tu..menarik ke??

merahitujambu said...

rancangan reality ni jgn terlalu emosi..

maszull said...

assalamualaikum ary....mcm ni pun ada kan...:)

AM said...

Patutlah tunggu Ahad malam takde On Air. Tup tup dah final? Hmmm. Kecewa betul! Y.Y

Cik Kay Jue said...

macam tu pula kisahnya... hish... tak patut betul la...

dodi said...

Sy nk tahu pemenang rancangan ni siapa???..sy search kt internet xxde...huhu

ary_lee said...

Hafizul is the winner..

nurdani said...

pelik betul la kan. saya punya la tunggu On Air ni sebab memang minat rancangan tu. tup tup kakak bagitahu dah habis and hafizul menang. rasa macam entah apa-apa.

serius terkilan.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com