Tuesday 31 July 2012

REVIEW | Korean Drama - Big


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Right after ary baca tentang cerita BIG ni dari Miss Banu, ary terus download di dramacrazy.net. Memang diakui yang cerita ni best. Ary bagi markah 7.5/10. Better dari god of study tapi still tak boleh menandingi heartstrings, 49 days, secret garden.


Sinopsis
Berkisahkan Kyung Joon (Won-Ho) yang berada di dalam tubuh Seo Yoon Jae (Gong Yoo) akibat kemalangan yang melibatkan mereka berdua. Kebetulan, Seo Yoon Jae merupakan kekasih Gil Da Ran (Lee Min Jung) iaitu guru yang rapat dengan Kyung Joon. Dalam usaha mencari jalan untuk kembali ke tubuh sendiri, pelbagai perkara dan peristiwa telah berlaku yang bukan sahaja melibatkan Kyung Joon dan Gil Da Ran tetapi turut melibatkan Ma Ri (Bae Suzy) dan Se Young (Jang Hae Jin). 




Critical Thinking & Comments
  1. Semua watak dalam cerita ni tak ada masalah ekonomi. Boleh dilihat yang semua watak dalam cerita ni macam kaya je. Bayangkan. Sepanjang cerita ni, 5-6 kali gak scene terlepas / tak jadi nak naik kapal terbang. Tiket flight murah agaknya? 
  2. Flash back tak sesuai dengan episod sebelumnya. Dalam episod 3, ada flash back scene yoon jae 1st time nampak Gil Da Ran. Then, ary compare dengan episod 1, tapi obviously berbeza. Lagi-lagi scene dalam lif tu. Tak ada pun Yoon Jae dalam lif. 
  3. Storyboard yang interesting dan tidak tidak membosankan. Dialog dan jalan cerita diolah dengan sangat baik. 
  4. Ending yang kusam. Kusam?? HahahaXD  Agak tak best sebab tak tunjuk muka Kyung Joon so ekspresi tu tak sampai. If tunjuk muka Kyung Joon pada waktu itu dan bukan Kyung Joon versi Gong Yoo pasti ekspresi itu lebih sampai. 
  5. Soundtrack yang biasa-biasa je.  Bagi ary, soundtrack cerita ni tidak cukup kuat dan tidak dapat menarik penonton untuk ingat cerita ni.
Kalau yang ada astro, cerita ni ditayangkan di KBS world di channel 391. Ditayangkan pada jam 3.10 petang ataupun 9 malam. Tapi, drama yang ditayangkan di astro dah sampai episod 12 dah. Dah nak habis dah. If not, boleh download di laman web yang berkaitan^^


Label: MESTI tonton.

4 comments:

Cikgu Ma said...

waaaa..layan korea jugak eh?nak tgk jugak...tp citer yg ada dlm koleksi ni pun x habis lagi

maszull said...

assalamualaikum ary...mesti tonton ni..:)

Tinta Lana said...

Salam Ary.

Ary, ce buat sinopsis Heartstrings sikit leh?

Park Shin Hye dgn..aaa, aku lupa sudah nma pelakon lakinya,keh3. Yg berlakon you're beautiful tu kan :)

Aisyah Az said...

ecah dah tgk cerita ni . memang best n funny :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com