Tuesday, 12 June 2012

Dilema Memilih Jurusan untuk ke Peringkat Universiti


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Malaysia^^


Seia sekata sehati sejiwa.. Menghadapi cabaran.. Ok. Merepek sudeyh. Isu dilema memilih course/jurusan ni jarang berlaku. Selalunya ramai yang dah tahu minat masing-masing. Ramai juga yang mak pak tolong pilih dan buatkan keputusan. Tak payah nak fikir apa-apa. Selalunya ramai yang keliru samaada nak sambung sutdy di mana. Diploma? Matrik? 


Ketika ary di peringkat sekolah menengah, ary sangat minat subjek Sains & Matematik. Tapi bila berada di tingkatan 4, ary mula beralih arah ke bidang perakaunan. Atas sebab: Akaun TOTALLY kira-kira. Ibu tidak mengizinkan dan berharap ary akan berada dalam aliran Sains Tulen. Ary cari jalan untuk tetap belajar akaun dan dari situ, ary pindah ke sekolah teknik jurusan Perdagangan. Tanggapan ary tentang dunia akaun berlanjutan hingga ary tamat matrik.


Semasa nak memohon UPU, ary berniat nak mohon psikologi tapi dibantah habis-habisan oleh ibu. Jadi, kali ini ary akur dengan keputusan ibu pula. Yelahhh.. Waktu form 4 ary dah pilih jalan ary. Waktu matrik pun ary dah pilih matrik jauh-jauh berlawanan dengan apa yang ibu mahu. Jadi kali ini ary rasa, better ikut je cakap ibu.


Bila dah sambung study di UM dalam jurusan perakaunan, tanggapan ary tentang dunia akaun berbeza. Kerana hanya 30% subjek akaun adalah kira-kira. Selebihnya adalah MEMBACA. Benda yang paling ary tak suka. Contoh, nama subjek: Public Sector Accounting dan Accounting Theory and Practices. Tapi totally membaca. Langsung tak ada kira-kira. Padan muka ary. Wakenabeb! Nak elak jurusan membaca macam medical bagai tapi masuk akaun, still kena baca.


Individu lain yang turut terkena adalah adik ary sendiri. Sekarang dia berada di USM dalam jurusan Sains (Matematik). Sangkanya, matematik hanya berkaitan dengan nombor,nombor dan nombor lagi! Tapi, hamekaw! Kena baca matematik. Baca matematik?? Kidding me?? Tapi itulah hakikatnya. Lukenabeb! 


Jadi, sekarang, ary nak tanya: APA KESALAHAN YANG ARY LAKUKAN SEPANJANG PENULISAN ENTRI KALI INI?  Jujurnya, KORANG BACA KE ENTRI NI SAMPAI HABIS?


Klu: tips blogging

10 comments:

Bobo said...

tapi accounting ok lagi rasanya dari medic..sbb belajar tak selama medic hehe.. dan tak perlu kaji2 tu :)

AM said...

Seronoklah subjek membaca! Arol belajar Sejarah, lagi 100% kena membaca. Haha! :D Arol baca entri nie sampai habis, dan kesalahannya mungkin tajuk entri tak berapa kena dengan isinya kot. :)

ain farahin said...

mestilah baca smpi hbis.bwu terbaik.

xleh tahu sekerat jalan je

Cik Kay Jue said...

urm... dengar la kata parents sebab mereka tau apa yang terbaik untuk kita... :)

Anonymous said...

Susah belajar akaun ni. Hee.

Tinta Lana said...

Salam ary.. lama juga ku berfikir.. pa yg salah kat entry ni..

i'm not sure what it is..tpi since prenggan kedua lagi.. ary mint sns n maths, tpi, bila form 4, ary amik akaun. ok..

tpi..kenapa bila mhn upu, mohon psikologi, psikologi ada kira2 ke? Sains sah2 ada dlm bidg tu..lau ada kira2 pun, basic saja..huhu..

entah, lana pun tak sure pa salah ary spnjg entry ni..

err,one more thing, bukn ke mak ary yg tak suka ary smbg akaun, ur mom prefer Sains Tulen kan? tapi bila mohon upu, mohon bidg yg berkaitan sains, mak pula bantah habis2 an..

last2, akaun juga kamu. hihi

Kalau salah lana teka, sorry ya..tu jep yg lana pasan..huhuhu.

ejulz said...

buat keputusan elok2.. gud luck.. :)

Farah Nadiah Shaharuddin said...

Nak masuk bidang akaun untuk form 4 kena apa yang A ? Maths je kan ?

Anonymous said...

Yess totally agree

Anonymous said...

macammmana nak ambiik jurusan science mathematics? i mean dia punya laluan after spm. kene masuk metriks dulu ke?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com