Friday, 22 June 2012

Percutian di Langkawi | Kota Mahsuri / Makam Mahsuri


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera^^




Destinasi kedua ary di Langkawi merupakan Kota Mahsuri iaitu tempat yang katanya penuh dengan cerita Lagenda Langkawi yang terkenal iaitu Mahsuri. Expectation ary sangat tinggi ketika datang ke sini. Ary mengharapkan samaada tempat ini adalah lebih seronok atau sama sahaja dengan Istana Kesultanan Melayu Melaka.


Selepas membayar RM5 untuk tiket masuk seorang dewasa, ary masuk dengan perasaan teruja. Masuk-masuk sahaja, kami berjumpa dengan kedai cenderamata terlebih dahulu. Selalunya kedai cenderamata terletak di penghujung lawatan. Ni lain pula.




Jangkaan ary meleset apabila penerokaan sejarah bermula. Selain makam mahsuri, terdapat satu kawasan dinamakan Perkampungan Kedah dan dalamnya terdapat replika rumah Pandak Mayah, Panglima Hitam dan lain-lain. Replika rumah yang agak lusuh itu sedikit sebanyak menghilangkan mood apabila ianya bagai tidak dijaga pihak pengurusan. Lantai berlubang,etc. 




Selain itu, Balai Indera Palembang Segara yang menjadi tempat penceritaan sejarah Mahsuri secara diorama turut sama menyumbang ke arah kehilangan mood bercuti ary. Setiap diorama yang ditunjukkan tidak dilampirkan bersama apa-apa penerangan. Malah, lighting juga tidak disediakan menjadikan tempat tersebut agak gelap dan pengunjung agak seram. Ni rumah hantu ke? Urmmm... Bumbung yang pecah dan lantai yang berlubang turut sedikit sebanyak akan membahayakan pengunjung. 




Di bawah replika rumah Pandak Mayah terdapat beberapa alatan tradisional yang digunakan orang dulu-dulu dalam kehidupan harian mereka. Turut ada di kota mahsuri tersebut adalah beberapa jenis burung yang menjadi pameran. Nasib juga ada burung. Kalau tidak, memang ary bagi markah 1/10.






Indah khabar dari rupa. Itulah yang dapat ary simpulkan dari destinasi kali ini. Ary harap supaya pihak pengurusan dapat ikhtiar sesuatu untuk membaiki Kota Mahsuri sebaik mungkin. Jangan sampai Kota Mahsuri menjadi seperti Mini Malaysia di Melaka tu. 

1 comment:

maszull said...

assalamualaikum ary....seronoknya dpt pi Langkawi semua tempat disana memang cantik2 belaka...:)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com