Sunday, 17 June 2012

Nasi Goreng Restoran Kenanga,Melaka Bukan Nasi Goreng Biasa!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat pagi dunia^^


Bercakap tentang nasi goreng je, kita terbayang rasa nasi goreng yang macam...................................... NASI GORENG lah! HahahaXD  *bajet nak buat ala-ala on air kan.. Tapi hari ni ary nak berkongsi tentang satu tempat yang jual nasi goreng dan seangkatan dengannya sahaja. Selalunya, bila kita pi kedai, kedai tu ada jual mee basah lah.. bihun sup lah.. Tapi berbeza dengan destinasi makan-makan kita minggu ini.




Restoran Kenanga - Restoran yang terletak di tengah-tengah Melaka Bandaraya bersejarah ni memang terkenal dengan makanan hasil gorengan pak aji ni. Pak aji ni bukan sekadar goreng guna mulut ya, kawan-kawan.. 


Malah, nasi goreng hasil tangannya itu telah berjaya membuatkan perniagaannya bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Bayangkan yang ary dah makan nasi goreng pak aji ni sejak ary lahir lagi. Lebih kurang 20 tahun ke atas juga umur perniagaan pak aji ni.


Yang peliknya, di sini tiada tarikan istimewa lain. Cuma jual nasi/mee/kuey teow goreng sahaja. *tak terperasan pula kalau pak aji ni jual bihun. Di samping benda bergoreng tersebut, ada juga dijual sup sebagai makanan sampingan. Ada juga seorang abang yang menumpang untuk jual sate di situ.




Harganya pun tidak lah mahal. Standard dengan keadaan kedai yang agak lusuh dan kampung itu. Jadi, untuk 2 mangkuk sup perut, 3 pinggan nasi goreng biasa dan 1 pinggan nasi goreng cina. Ditambah pula dengan 2 gelas milo ais dan 2 gelas sirap limau,.. Total = RM31^^


Kalau nak merasa makan di kedai kampung yang terletak di tengah bandar, boleh lah datang ke sini. Mungkin agak susah untuk cam kedai ni sebab papan tandanya yang agak tersembunyi. Tapi, kedai ini terletak berseberang dengan Medan Selera Newton ataupun turut terpampang luas di situ.. Newton Hawker Centre. Oh ye.. Kedai ni dibuka selepas maghrib ya^^


Selamat mentedarah^^

No comments:

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com