Friday, 1 June 2012

Bukan Semua Orang Boleh Memaafkan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng! Selamat sejahtera juga buat geng yang lain^^


Beberapa hari lepas, ary ada post pasal lagu Bisakah nyanyian Siti Nurhaliza. Lagunya menceritakan tentang seseorang yang telah melakukan kesilapan dan bertaubat di atas kesilapannya itu. Namun, masih adakah lagi sinar untuknya?


Siapa yang tak pernah melakukan kesilapan? Bezanya cuma samaada kesilapan itu merupakan kesilapan yang kecil atau besar, serius atau remeh. Dan klise nya, cuma ada entri yang akan meminta supaya dimaafkan sahaja kesilapan orang sekeliling yang telah melakukan kesilapan. Mungkin kerana hanya itu yang terbaik.


Realiti dalam kehidupan ini, bukan semua orang boleh memaafkan. Bergantung kepada individu dan bergantung juga atas kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya. Yelah,.. Andai kena simbah dengan asid sampai cacat muka, takkan korang masih boleh maafkan orang yang simbah asid tu kan? 


Tapi masih, memaafkan adalah yang terbaik. Kerana tindakan memaafkan itu dapat memberi peluang kedua kepada si pesalah untuk menebus kesalahannya. Biarpun ada peribahasa mengatakan "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" , sampai bila kita mahu pikul beban itu di bahu? Hulur-hulur lah sikit beban tu pada si pemberi beban.

7 comments:

Anonymous said...

nice entri...
sheila suka entri ni...
bestt..
satu info yang menarik....

✿INA AINAA✿ said...

Jadilah seperti Rasulullah.. Contohi beliau...sentiase memaafkan umatnya biapun ade yg menghina, mencaci, dah mngugut bunuh... ^.^ nice entry

Yanty Lee said...

Maaf macam mana pun hati tetap dah hancur berkecai..

Tinta Lana said...

Salam..ary, lan pernh baca..

Memaafkan dan menerima kembali dua perkara yang jauh berbeza.

Sebenarnya, kebanyakkan orang boleh memaafkan..

tapi, menerima kembali org yg dimaafkan tu seperti kejadian sebelumnya, nak berbuat macam biasa balik..selalunya takkan menjadi..situasi akan berubah..

Azira Ldu said...

Boleh , insya-Allah

Miss Nana said...

walaupun dimaafi sesuatu situasi tu ta akan jadi seperti sebelumnya.. ibarat apabila kita renyukkan kertas benda tu boleh kita betolkan balik tapi tidak seperti yg asalkan :)

Riswin Zahari said...

Harus ingat bahawa orang yang memberikan kemaafan itu juga mendapat manfaat ^_^

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com