Sunday, 17 June 2012

Pizza Hut-PHD Adik Beradik tapi Berbeza


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam^^

Hari ini kan hari bapa? Jadi ibu ary bercadang untuk belanja ayah dan kami sekeluarga makan pizza^^ Konon nya sebagai treat to my father lah kan? Memandangkan hari ni semua orang letih pada waktu petangnya. Ayah dengan paip-paip nya, ibu dan ary dengan dengkurannya, adik ary dengan program kartun nya, jadi kami hanya membuat pesanan delivery. 


Ary: *selepas mendail 1-300-88-2525.. Hello, saya nak buat pesanan pizza delivery.

Operator 1: Boleh saya dapatkan nombor telefon cik?

Ary: 017-*******

Operator 1: Cik ary ya? Cik, saya akan beri kan nombor telefon PHD-Pizza Hut Delivery. Cik boleh membuat pesanan di talian tersebut. 1-300-82-2020.




Ary terus mendail nombor yang diberikan. Setelah beberapa saat menunggu,..


Operator 2: Boleh saya dapatkan nombor telefon cik? *soalan sama. Memang standard customer service agaknya..

Ary: 017-*******

Operator 2: Cik ary ya? Masih di alamat bla bla bla bla? Cik boleh membuat pesanan sekarang.

Ary: Saya nak order pizza baru ni- Cheesy Bites Steak Pizza. 

Operator 2: Maaf,cik Di PHD, tiada promosi tersebut. Itu hanya boleh didapati di Pizza Malaysia sahaja.

Ary: Urmmmmm... Then, saya nak order pizza Cheesy Lava Hawaian Chicken.

Operator 2: Maaf,cik. Pizza tu pun tak ada juga. PHD cuma ada pan pizza, pizza biasa tu je. Sebab PHD ni macam Dominos. Kalau cik nak pizza jenis cheesy lava and crunchy crust, cuma ada di Pizza Malaysia sahaja. Kami memang under 1company tapi pizza berbeza. 

Ary: Then, Pizza Malaysia dah tak buat delivery dah kan?

Operator 2: Ya. Pizza Malaysia dah tak buat delivery lagi. Kalau cik nak makan pizza selain pan pizza, cik boleh dine-in or take away di Pizza Malaysia.

Ary: Appetizer, u ada tak?

Operator 2: Ada. Kami ada soup, tempura prawn, garlic bread.

Ary: Then, saya nak order hut's platter.

Operator 2: Maaf, cik. PHD tiada hut's platter. *apa yang PHD ada ni?? Semua yang ary suka, tak ada= ="

Ary: Urmmmmmm... Kalau macam tu, saya nak order bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. *disebabkan malas nak keluar, ary order juga.

Operator 2: Baik cik, semua sekali total RM53.20. Pizza cik akan sampai dalam masa 30 minit. *tak ulang order pun, Dah malas lah tu nak layan ary= ="


Moral of the story: 
Malas itu merugikan. Kalau ary and family rajin nak keluar pi makan pizza, mesty makan lebih sedap. Ni bila dah malas, makan je lah apa yang ada.

2 comments:

FarhanahAdzlan said...

ohhh baru tau semua ni..hehehe..
tp kann memang hari rabu ni nak makan pizza dengan kawan2..cam tau2 je entri ni..hahaha~

Ety said...

Ety pun selalu delivery je Pizza. Family kurang suka dine in :D

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com